Showing posts with label T4 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru. Show all posts
Showing posts with label T4 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru. Show all posts

Tuesday, 3 March 2015

4.1 Langkah-langkah menangani stes

4.1 Langkah-langkah menangani stes

1. Berani untuk menolak tanggungjawab tambahan yang diberikan.
2. Elakkan orang yang sentiasa menyebabkan anda tertekan dan 
    adakan jaringan dengan rakan-rakan yang boleh berkongsi 
    pandangan dengan anda.
3. Berjumpa dengan rakan ,bersiar-siar dan membantu rakan-rakan 
    secara sukarela atau melayari internet.
4. Teknik-teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah 
    yoga,pernafasan mendalam dan meregangkan otot-otot.




Monday, 2 March 2015

4.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan guru

4.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan guru

Pengenalan

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.

Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah.

Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab , guru kuan menemukan halangan kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.