1.6 Kepelbagaian Budaya
Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran. Kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Maka kepelbagaian budaya di Malaysia merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina, India di semenanjung Malaysia dan Kadazan, Murut , Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing dan setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai.
Di sekolah kebangsaan terdiri daripada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya. Untuk konsep kepelbagaian budaya menjadi satu fenomena dalam sistem pendidikan , perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar dan masyarakat.
Sistem pendidikan telah berusaha menyatupadukan kumpulan pelbagai budaya melalui kedua-dua mata pelajaran tersebut dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada cara guru menyampaikan kandungan kepada pelajar berbilang kaum di sekolah. Antara kaedah yang sesuai digunakan oleh guru merangkumi perbincangan , simulasi , main peranan, lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah dan kajian kes serta penyelesaian masalah kes.
Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah yang mesra budaya:
1. Guru seharusnya mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya pelajarnya , sebagai contoh , guru boleh menerima jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga pelajar di rumahnya. Lawatan sedemikian memberikan peluang kepada guru meneroka dan mengalami cara hidup , tabiat dan cara sapaan pelajar budaya lain. Pengalaman sedemikian membantu guru dalam menangani isu budaya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajarannya.
No comments:
Post a Comment