Mengikut Kamus Dewan(2007),isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud " sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi"(Kamus Dewan , 2007 ). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan kementerian ( KPM) amnya dan guru secara khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai misi KPM.
Dalam Usaha mencapai misi KPM, iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan pendidikan akan dihadapi. Sejajar dengan ini, KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti.
Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional yalah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru, agenda penting untuk membangunkan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan berkualiti merupakan pembinaan budaya ilmu dan membudayakan masyarakat yang berbilang kaum agar dapat mengharungi konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
No comments:
Post a Comment