1.2 Integrasi Nasional
Isu Integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama.
Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1993).
1.2.1 Sekolah Wawasan
Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana para pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain.
Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di Malaysia.
1.2.2 Peranan guru dalam menangani Isu Integrasi Nasional
Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh,berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegera glokal yang mampul bersaing dengan dunia luar.
Peranan Guru :
1. Memperkasakan bahasa kebangsaan
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.
Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional , KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah.
Rimup mengalakkan masyarakat setempat,guru dan murid melibatkan diri dalam aktiviti sekolah untuk melahirkan persefahaman antara pelbagai kaum.
1.2.3 Konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Menurut penjelasan YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah seperti berikut :
"kita berdiri,kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia (one people). Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita."
Ia bermaksud rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.
Lapan nilai murni seperti budaya kecemerlangan ketabahan , rendah hati , penerimaan , kesetiaan , meritokrasi, pendidikan dan integriti diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada pencapaian negara bangsa Malaysia.
No comments:
Post a Comment