1.8 Gejala Sosial
Gejala sosial di sekolah kini semakin meruncing akibat daripada pengaruh luar dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Antara faktor penyebab gejala sosial terdiri daripada peranan ibu bapa, sikap pelajar itu sendiri , pengaruh media massa dan iklim bilik darjah.Sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak merupakan salah satu penyebab utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan pelajar.
Ibu bapa generasi kini terlalu memanjakan anak mereka sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul.
Ramai ibu bapa meletakkan tanggungjawab kepada orang gaji untuk mengasuh anak mereka atas kepentingan mengejar kerjaya mereka. Hal ini menyebabkan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah terlibat dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah dan merosakkan harta benda sekolah. Mereka mengalami perubahan alam kanak-kanak kepada alam dewasa dan peringkat inilah yang memperlihatkan wujudnya pelbagai masalah dalam kalangan pelajar.
No comments:
Post a Comment