Sebagai seorang penjawat awam,guru hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang termaktub dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.
Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan adalah bergantung kepada jenis pelanggaran tatakelakuan penjawat awam. Hukuman-hukuman tersebut adalah:
1. Amaran
2. Denda
3. Lucut hak emolumen
4. Tangguh pergerakan gaji
5. Turun pangkat
6. Buang kerja
1. Amaran
Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelaku dan tatatertib. Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan atau bertulis.
2. Denda atau lucut hak emolumen
Apa jua denda yang dikenakan pada satu-satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan masukkan ke dalam hasil kerajaan.
3. Tangguh pergerakan gaji
Seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.
4. Turun gaji
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:
4.1 Gaji hanya akan diturunkan secara mendatar dalam peringkat
gaji yang sama.
4.2 Penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji.
4.3 Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas
bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh enam bulan.
Pegawai yang dikenakan hukuman turun gaji tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.
5. Turun Pangkat
Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.
http://www.beritasemasa.com.my/datuk-dr-hasan-wan-syarifah-nooraazmanita
No comments:
Post a Comment