Sunday, 1 March 2015

1.5 Globalisasi dalam Pendidikan

1.5 Globalisasi dalam Pendidikan

      Globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan/sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan (scholte,200:16).

      Globalisasi menuntut semua negara dan penduduk berada pada landasan yang sama tanpa mengira bangsa , warna kulit, agama , status dan latar belakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang.

      Impak globalisasi dalam pendidikan merangkumi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan , pendidikan negara terbuka kepada dunia luar , pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara kita. Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta , pentingnya pengajaran sains dan teknologi.

     Dari perspektif pendidikan , salah satu kesan positif globalisasi adalah wujudnya persaingan sihat dalam institusi pengajian pendidikan untuk meningkatkan mutu pendidikan selain menghasilkan reka cipta inovatif. Setiap institusi pendidikan negara tertentu berusaha menonjolkan diri dalam arena kebitaraan mereka dan hal ini secara langsung menyerlahkan mutu pendidikan negara.

    Perwujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan global. Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa.

    Antara usaha yang perlu diambil oleh guru adalah melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri dan bukan hanya memperoleh pembelajaran melalui latih rubi. Pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir pada aras tinggi meneroka idea dan mereka cipta inovasi dalam pendidikan. Hal ini bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai autonomi terhadap pembelajaran serta berdaya saing untuk mengecap kejayaan dalam pencapaian secara antarabangsa.

 

 

No comments:

Post a Comment