Sunday, 1 March 2015

2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran

2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran

Dalam peraturan 4A ada dijelaskan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. 

1. Mengambil kira segala keadaan yang akan menyebabkan 
    seseorang yang waras tersinggung,terhina atau terugut.

2. Gangguan seksual ini tidak hanya terhad kepada perlakuan di 
    tempat kerja atau dalam waktu kerja.

3. Gangguan seksual ini termasuk perbuatan dalam menyatakan 
    sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan 
    orang lain.

4. Gangguan seksual tidak kira sama ada dilakukan secara lisan, 
    bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada 
    orang lain.

Sebagai seorang guru yang menjadi contoh kepada para pelajar, adalah menjadi satu kemestian mereka berkelakuan atau bertindak sepertimana yang dikehendaki. 

Guru mesti menunjukkan contoh yang baik. Guru perlu berhemah dalam menuturkan kata serta dalam bertingkah laku kerana ada kalanya guru tidak mempunyai niat untuk melakukan gangguan seksual tetapi kemungkinan pelajar atau rakan sekerja berasakan perkara atau perbuatan yang dilakukan itu ialah gangguan seksual, maka laporan atau aduan boleh dibuat. Justeru, guru perlu sentiasa menunjukkan sikap yang profesional.

Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
Seorang guru juga tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Dinyatakan bahawa , penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar. Walau bagaimanapun, seseorang pegawai itu dibolehkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran ketua jabatan.

Ketua jabatan akan memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan:
1. Dalam waktu pejabat dan semasa menjalankan tugas rasmi.
2. Tidak menjejaskan kebergunaanya sebagai penjawat awam.
3. Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

Ketua jabatan di sini merujuk kepada Guru Besar ataupun Pengetua.

Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
1. Guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.

Peraturan 23 (Peraturan-peraturan lain yang berkaitan)
1. Guru perlu mematuhi peraturan berpakaian.

2. Guru dilarang menggunakan apa jua jenis dadah kecuali yang 
    diperskripsikan oleh pengamal perubatan.

3. Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu 
    atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.

4. Guru perlu membuat perisytiharan harta setiap lima tahun sekali.

5. Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang serius dan tidak 
   boleh meminjamkan wang kepada orang lain dengan      
   mengenakan  faedah atau cagaran lain.

6. Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan politik. 
   Kebenaran perlu diperoleh daripada Ketua Pengarah 
   Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian 
   Pelajaran.

No comments:

Post a Comment