Showing posts with label T3 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Show all posts
Showing posts with label T3 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Show all posts

Monday, 2 March 2015

3.2 Hak Asasi Kanak-Kanak

3.2 Hak Asasi Kanak-Kanak


Mengapa konvensyen ini perlu ?
  • Tidak ada perundangan di dalam beberapa buah negara.
  • Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
  • Kanak-kanak lemah berbanding dengan orang dewasa.
  • Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi. 
Akta Perlindungan kanak-kanak 1991 - berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak.



Rumusan
  • gangguan emosi dalam kalangan murid mungkin berlaku pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan ada kemungkinan gangguan tersebut akan hilang semasa mereka meningkatkan remaja.
  • Murid yang menghadapi masalah gangguan emosi yang terlalu serius kemungkinan akan mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang yang keterlaluan serta perlakuan-perlakuan yang pelik. Oleh hal yang demikan , jadi peranan guru untuk membantu mereka.
  • Murid-murid ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu misalnya pakar psikologi dan kaunseling.
  • Hak kanak-kanak perlu dijamin dan dihormati.
  • Hal ini bermakna, kanak-kanak tidak boleh didiskriminasikan dari segi warna kulit, jantina, bahasa , agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal usul kebangsaan, kaum atau sosial, harta benda, kecacatan , kelahiran atau lain-lain status kanak-kanak itu atau ibu bapa atau penjaga sahnya.



3.1 Gangguan Emosi

3.1 Gangguan Emosi


Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
  • Mengalami emosi tertentu.
  • Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah serta penolakan.
  • Sukar berhubung dengan orang lain.
  • Mempunyai dua atau lebih emosi.
Langkah-langkah dalam menangani masalah gangguan emosi murid:
  • Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  • Diberi bimbingan kerjaya.
  • Kerjasama daripada ibu bapa.
  • Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian.
  • Didedahkan dengan pengurasan emosi
  • Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
  • Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.


3.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

3.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

Pengenalan

Bab ini akan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi. Terdapat perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan emosi. Gangguan emosi akan berlaku tidak lama sekiranya tindakan diambil dengan segera. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguang mental. Selain itu, bab ini akan menjelaskan hak kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak sedunia 1989. Seterusnya huraian berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia diutarakan berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.