Sunday, 1 March 2015

1.4 Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

1.4 Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

Empat tonggak pendidikan UNESCO
1. Belajar untuk menguasai ilmu.
2. Belajar untuk menguasai kemahiran.
3. Belajar untuk menjadi insan berguna.
4. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama.




UNESCO dalam google
click untuk membaca maklumat daripada google

Cabaran pada masa kini ialah cara bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana dalam kebanyakan negara perindustrian hampir 70%-80% penduduk melibatkan sektor perkhidmatan (UNESCO).Perwujudan kumpulan kecil , jaringan dan pakatan menunjukkan peri mustahaknya kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan pekerjaan. Maka,pendidikan dalam negara harus dapat membentuk kompetensi peribadi pelajar berasaskan suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan.

Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpi mengira bangsa dan latar belakang.

Cabaran KPM adalah berusaha menterjemah dan mentransformasikan kurikulum yang luwes di mana para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan keterempilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran untuk mencapah hasrat mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis , kreatif dan inovatif.

Berdasarkan tonggak UNESCO, pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberikan ruang dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Pelajar juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar bandar untuk membantu orang yang serba kekurangan,serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perikemanusiaan misalnya tempat berlakunya bencana alam.

No comments:

Post a Comment