2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum
Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam. Tatakelakuan ( Code of conducts)bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut(warta kerajaan P.U(A)395 Pindaan 2002)adalah:
Peraturan 4(1)
Seseorang penjawat awam guru hendaklah sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong,negara dan kerajaan. Hal ini bermaksud seseorang penjawat awam mestilah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dan patuh kepada undang-undang serta berusaha berbakti kepada negara. Adalah menjadi kesalahan atau ditegah untuk seseorang itu bersubahat dengan musuh negara, membocorkan rahsia negara, memperkecil dasar serta tindakan kerajaan atau berlakon dalam filem yang memburuk-burukkan negara.
Peraturan 4(2)
1. Seorang penjawat awam tidak boleh membelakangkan tugasnya
demi kepentingan peribadi.
2. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan yang
memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan
kepentingan awam. Hal ini bermakna seseorang itu perlu
bertanggungjawab ke atas tugasnya di dalam dan di luar bilik
darjah serta melaksanakan sebarang tugas yang
dipertanggungjawabkan.
3. Seseorang pegawai juga tidak boleh menggunakan
kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri.
4. Penjawat awam perlu menjaga nama baik profesion. Pegawai
awam tidak boleh berkelakuan yang boleh mencemarkan nama
baik perkhidmatan awam.Misalnya seseorang itu terlibat dalam
penagihan dadah,berjudi di pejabat atau waktu bekerja,
disabitkan dengan kesalahan jenayah,kesusahan berat kerana
hutang atau menerima keraian daripada orang yang ada
hubungan rasmi.
5. Penjawat awam perlu cekap atau sentiasa berusaha.Misalnya
seseorang itu perlu mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan
tugas-tugasnya dengan segera.
6. Penjawat awam mesti jujur,amanah dan bertanggungjawab.
Seorang pegawai dilarang sama sekali menghasut rakan-rakan
yang lain dalam menjalankan tugas atau mengambil cuti pada
saat perkhidmatan diperlukan.
7. Penjawat awam tidak boleh menggunakan pengaruh atau
memberikan tekanan dalam menyokong atau memajukan
sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.
8. Penjawat awam juga mesti sentiasa melaksanakan apa yang
disuruh ( tidak ingkar perintah)serta perlu tekun dalam
melaksanakan tanggungjawab. Hal ini bermaksud guru perlu
sentiasa bersedia menerima tugasan dan akan melaksanakan
tugasan tersebut dengan ikhlas bersungguh-sungguh serta
menunjukkan komitmen yang tinggi.
No comments:
Post a Comment