Tuesday, 3 March 2015

6.0 Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN



STRATEGI PERUBAHAN


PEMBINAAN NEGARA BANGSA



Bab 6.0 Pengurusan Inovasi dan Perubahan Pendidikan

Download


5.0 Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan

5.0 Inovasi dan perubahan dalam pendidikan

Definisi Inovasi


1. sesuatu yg baru diperkenalkan spt kaedah, sistem, adat, dll yg baru: bank ini telah menghasilkan beberapa ~ dlm perkhidmatan bank, mis rangkaian mesin teler automatik; ini bererti perancangan utk mewujudkan ~ dan mencapai kemajuan perlu berlaku setiap masa; 2. perihal (tindakan dsb) mengadakan, memulakan, dsb sesuatu yg baru: faktor penting ialah menggalakkan manusia menggunakan kebolehan kreativiti dan ~ mereka; menginovasi membuat inovasi: negara-negara membangun tidak berpeluang ~ teknologi tersebut; penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator: ~ teknologi.

-Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka-

2. Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang
- Ronger E Miller, 1971 -

3. Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
- Glosari Teknologi Pendidikan-

4. Pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
- Sufean Hussin, 2001-


Dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan, kaedah 'chalk n talk' sudah tidak relevan lagi buat masa kini. ( Mahasan Mahmood, 2003 )

Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya dari segi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )

Trend pembelajaran hari ini : 

1. Berasaskan penemuan dan inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.

2. Menekankan kepada mencari, meneroka, menilai, dan menggunakan maklumat

Strategi Pengajaran Pembelajaran yang inovatif merangkumi 4 asas penting iaitu 
1.  Pembelajaran Berasaskan Projek
2.  Pembelajaran Berasaskan Masalah
3.  Pembelajaran Elektronik ( e-learning )
4.  Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang ( web)

Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek akan mengukuhkan pembelajaran murid sekiranya kandungan projek itu menepati sukatan pembelajaran. Tugasan berbentuk projek akan menghendaki pelajar untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari di dalam kelas di dalam tugasan projek yang dilakukan. 

Kelebihan pembelajaran berasaskan projek :-
Menarik perhatian murid-murid terhadap satu yang khusus.
Memberi peluang kepada murid untuk menjana idea mengenai topik tersebut.
Mengajar murid erti mnerima dan menghormati pandangan orang lain.
Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko di atas setiap keputusan yang diambil.



Langkah-langkah pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

1. Kemukakan tugasan
2. Menganalisis masalah
3. Meneroka Masalah
4. Membuat perkaitan
5. Membuat refleksi

Pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan masa kini kerana :-
Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai.
Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses P & P.
Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.

Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.

Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Berasaskan Masalah bermula dengan memberi 'masalah dan memberikan pengamalnya pengalaman untuk menyelesaikan masalah'.

Ianya merupakan salah satu cara pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih kepada berbentuk pengalaman. Ianya mampu mencabar pengetahuan sedia ada murid bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain daripada itu ianya bersifat kolaboratif dan saling bergantung di antara satu sama lain.

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah :-
1. Kemukakan Masalah
2. Jelaskan hasil pembelajaran yang hendak dijangkakan.
3. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat.
4. Sediakan bimbingan isi pelajaran dan strategi.
5. Sediakan resos pembelajaran.

6. Adakan maklum balas untuk sesi refleksi.

Pembelajaran elektronik juga dikenali dengan pelbagai nama.
Online Learning
Technology Based Training
Web Based Training
Web Based Learning
Computer Based Training
Computer Based Learning
Technology Enhanced Learning
Computer Supported Collaborative Learning
Bentuk Komunikasi
Serentak ( Synchronous ) - chatting, telefon
Tidak Serentak ( Asynchronous ) - e-mel, SMS, MMS
Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
Boleh dicapai di mana-mana tempat selagi ada talian internet, tanpa mengira sempadan geografi.
Boleh dicapai oleh lebih ramai jumlah pelajar.
Memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan Internet.

Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran


MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.
MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :
• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai
Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.
Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru – guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :
a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi


4.1 Langkah-langkah menangani stes

4.1 Langkah-langkah menangani stes

1. Berani untuk menolak tanggungjawab tambahan yang diberikan.
2. Elakkan orang yang sentiasa menyebabkan anda tertekan dan 
    adakan jaringan dengan rakan-rakan yang boleh berkongsi 
    pandangan dengan anda.
3. Berjumpa dengan rakan ,bersiar-siar dan membantu rakan-rakan 
    secara sukarela atau melayari internet.
4. Teknik-teknik yang boleh dilaksanakan oleh guru ialah 
    yoga,pernafasan mendalam dan meregangkan otot-otot.




Monday, 2 March 2015

4.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan guru

4.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan guru

Pengenalan

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigma dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru menyediakan diri untuknya.

Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah.

Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab , guru kuan menemukan halangan kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.


3.2 Hak Asasi Kanak-Kanak

3.2 Hak Asasi Kanak-Kanak


Mengapa konvensyen ini perlu ?
  • Tidak ada perundangan di dalam beberapa buah negara.
  • Menjamin perkembangan yang sihat untuk kanak-kanak.
  • Kanak-kanak lemah berbanding dengan orang dewasa.
  • Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tiada pengaruh politik dan ekonomi. 
Akta Perlindungan kanak-kanak 1991 - berkaitan dengan pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak.



Rumusan
  • gangguan emosi dalam kalangan murid mungkin berlaku pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan ada kemungkinan gangguan tersebut akan hilang semasa mereka meningkatkan remaja.
  • Murid yang menghadapi masalah gangguan emosi yang terlalu serius kemungkinan akan mempamerkan pemikiran yang celaru, perasaan bimbang yang keterlaluan serta perlakuan-perlakuan yang pelik. Oleh hal yang demikan , jadi peranan guru untuk membantu mereka.
  • Murid-murid ini perlu mendapat bantuan daripada pihak-pihak tertentu misalnya pakar psikologi dan kaunseling.
  • Hak kanak-kanak perlu dijamin dan dihormati.
  • Hal ini bermakna, kanak-kanak tidak boleh didiskriminasikan dari segi warna kulit, jantina, bahasa , agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal usul kebangsaan, kaum atau sosial, harta benda, kecacatan , kelahiran atau lain-lain status kanak-kanak itu atau ibu bapa atau penjaga sahnya.



3.1 Gangguan Emosi

3.1 Gangguan Emosi


Gangguan emosi berlaku apabila seseorang:
  • Mengalami emosi tertentu.
  • Tidak mampu menunjukkan kasih sayang, marah serta penolakan.
  • Sukar berhubung dengan orang lain.
  • Mempunyai dua atau lebih emosi.
Langkah-langkah dalam menangani masalah gangguan emosi murid:
  • Khidmat sokongan daripada pakar psikologi atau kaunselor.
  • Diberi bimbingan kerjaya.
  • Kerjasama daripada ibu bapa.
  • Modifikasi tingkah laku yang bersesuaian.
  • Didedahkan dengan pengurasan emosi
  • Peraturan bilik darjah yang bersesuaian.
  • Murid diberi peluang mengenal pasti masalah dan tingkah laku sendiri.


3.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

3.0 Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid

Pengenalan

Bab ini akan memberikan fokus kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi. Terdapat perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan emosi. Gangguan emosi akan berlaku tidak lama sekiranya tindakan diambil dengan segera. Jika berlarutan, gangguan emosi ini akan menjadi penyakit yang lebih serius dan boleh menyebabkan gangguang mental. Selain itu, bab ini akan menjelaskan hak kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak sedunia 1989. Seterusnya huraian berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia diutarakan berdasarkan beberapa peruntukan perundangan.


2.2 Akta Pendidikan 1996

2.2 Akta Pendidikan 1996


  • Akta Pendidikan merupakan satu bentuk perundangan pendidikan yang lengkap,kemas kini dan bersifat futuristik.
  • Ilmu penentu arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
  • Pendidikan negara berperanan untuk mencapai wawsan negara.
  • Akta Pendidikan merupakan misi negara untuk menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia.



Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sejarah pendidikan kita memainkan peranan dalam membentuk falsafah berkenaan. Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ada dinyatakan permulaan kepada falsafah pendidikan negara. Walaupun begitu, ianya tidak luas dan hanya sesuai dengan zaman pembangunan negara kita pada tahun-tahun 1970an dan 80an. Dasar Pelajaran Kebangsaan lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum.

Implikasi Akta Pendidikan 1996 ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan.

  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan akta.
  • Sistem pendidikan dimantapkan meliputi semua peringkat persekolahan.
  • Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh.
  • Kurikulum diselaraskan.
  • Peperiksaan yang sama.
  • Pendidikan Islam diperluas.
  • Pendidikan prasekolah diperluas.
  • Mutu pendidikan prasekolah dipertingkatkan.
  • Pendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengah.
  • Pendidikan guru diperkukuh.
  • Pendidikan swasta berkembang dan menjadi lebih sistematik.
  • Pendidikan khas diberi tumpuan.
  • Mengambil kira kepentingan pendidikan semua kaum.

Sunday, 1 March 2015

2.1.3 Tindakan Tatatertib

2.1.3 Tindakan Tatatertib

Sebagai seorang penjawat awam,guru hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan yang termaktub dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan.

Hukuman-hukuman yang boleh dikenakan adalah bergantung kepada jenis pelanggaran tatakelakuan penjawat awam. Hukuman-hukuman tersebut adalah:

1. Amaran
2. Denda
3. Lucut hak emolumen
4. Tangguh pergerakan gaji
5. Turun pangkat
6. Buang kerja

1. Amaran
Amaran boleh dikeluarkan sekiranya seseorang guru itu tidak mematuhi peraturan-peraturan tatakelaku dan tatatertib. Amaran boleh diberi oleh seorang ketua jabatan secara lisan atau bertulis.

2. Denda atau lucut hak emolumen
Apa jua denda yang dikenakan pada satu-satu masa tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Segala denda atau lucut hak emolumen hendaklah dipotong daripada emolumen bulanan pegawai itu dan masukkan ke dalam hasil kerajaan.

3. Tangguh pergerakan gaji
Seseorang pegawai yang dikenakan hukuman tangguh pergerakan gaji tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

4. Turun gaji
Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh mengenakan hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai mengikut peruntukan-peruntukan yang berikut:
   4.1 Gaji hanya akan diturunkan secara mendatar dalam peringkat 
         gaji yang sama.
   4.2 Penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji.
   4.3 Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada dua belas 
         bulan tetapi tidak boleh melebihi tiga puluh enam bulan.

Pegawai yang dikenakan hukuman turun gaji tidak berhak untuk menerima apa-apa pergerakan gaji bagi dan dalam tempoh hukuman itu sedang berkuat kuasa.

5. Turun Pangkat
Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan hukuman turun pangkat mengikut cara menurunkan pangkat ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama.


http://www.beritasemasa.com.my/datuk-dr-hasan-wan-syarifah-nooraazmanita


2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran

2.1.2 Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat Dengan Kebenaran

Dalam peraturan 4A ada dijelaskan bahawa seseorang penjawat awam tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain. 

1. Mengambil kira segala keadaan yang akan menyebabkan 
    seseorang yang waras tersinggung,terhina atau terugut.

2. Gangguan seksual ini tidak hanya terhad kepada perlakuan di 
    tempat kerja atau dalam waktu kerja.

3. Gangguan seksual ini termasuk perbuatan dalam menyatakan 
    sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada atau di hadapan 
    orang lain.

4. Gangguan seksual tidak kira sama ada dilakukan secara lisan, 
    bertulis atau apa jua perbuatan yang bersifat seksual kepada 
    orang lain.

Sebagai seorang guru yang menjadi contoh kepada para pelajar, adalah menjadi satu kemestian mereka berkelakuan atau bertindak sepertimana yang dikehendaki. 

Guru mesti menunjukkan contoh yang baik. Guru perlu berhemah dalam menuturkan kata serta dalam bertingkah laku kerana ada kalanya guru tidak mempunyai niat untuk melakukan gangguan seksual tetapi kemungkinan pelajar atau rakan sekerja berasakan perkara atau perbuatan yang dilakukan itu ialah gangguan seksual, maka laporan atau aduan boleh dibuat. Justeru, guru perlu sentiasa menunjukkan sikap yang profesional.

Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
Seorang guru juga tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Dinyatakan bahawa , penjawat awam tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dengan kerja-kerja luar. Walau bagaimanapun, seseorang pegawai itu dibolehkan untuk menjalankan mana-mana aktiviti atau melaksanakan mana-mana perkhidmatan dengan kebenaran ketua jabatan.

Ketua jabatan akan memastikan bahawa aktiviti atau perkhidmatan itu tidak dilakukan:
1. Dalam waktu pejabat dan semasa menjalankan tugas rasmi.
2. Tidak menjejaskan kebergunaanya sebagai penjawat awam.
3. Tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

Ketua jabatan di sini merujuk kepada Guru Besar ataupun Pengetua.

Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
1. Guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.

Peraturan 23 (Peraturan-peraturan lain yang berkaitan)
1. Guru perlu mematuhi peraturan berpakaian.

2. Guru dilarang menggunakan apa jua jenis dadah kecuali yang 
    diperskripsikan oleh pengamal perubatan.

3. Guru tidak boleh menerima apa-apa hadiah daripada individu 
    atau kumpulan yang mempunyai kepentingan peribadi.

4. Guru perlu membuat perisytiharan harta setiap lima tahun sekali.

5. Guru dilarang terlibat dengan perhutangan yang serius dan tidak 
   boleh meminjamkan wang kepada orang lain dengan      
   mengenakan  faedah atau cagaran lain.

6. Guru tidak dibenarkan terlibat dengan kegiatan politik. 
   Kebenaran perlu diperoleh daripada Ketua Pengarah 
   Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha Kementerian 
   Pelajaran.

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum

Guru ialah penjawat awam yang perlu mematuhi etika penjawat awam. Tatakelakuan ( Code of conducts)bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4 Bab D Perintah Am. Antara peraturan tersebut(warta kerajaan P.U(A)395 Pindaan 2002)adalah:

Peraturan 4(1)
Seseorang penjawat awam guru hendaklah sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong,negara dan kerajaan. Hal ini bermaksud seseorang penjawat awam mestilah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dan patuh kepada undang-undang serta berusaha berbakti kepada negara. Adalah menjadi kesalahan atau ditegah untuk seseorang itu bersubahat dengan musuh negara, membocorkan rahsia negara, memperkecil dasar serta tindakan kerajaan atau berlakon dalam filem yang memburuk-burukkan negara.

Peraturan 4(2)
1. Seorang penjawat awam tidak boleh membelakangkan tugasnya 
    demi kepentingan peribadi.

2. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan yang 
    memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan 
    kepentingan awam. Hal ini bermakna seseorang itu perlu 
    bertanggungjawab ke atas tugasnya di dalam dan di luar bilik 
    darjah serta melaksanakan sebarang tugas yang 
    dipertanggungjawabkan.

3. Seseorang pegawai juga tidak boleh menggunakan 
    kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri.

4. Penjawat awam perlu menjaga nama baik profesion. Pegawai 
    awam tidak boleh berkelakuan yang boleh mencemarkan nama 
    baik perkhidmatan awam.Misalnya seseorang itu terlibat dalam 
    penagihan dadah,berjudi di pejabat atau waktu bekerja, 
    disabitkan dengan kesalahan jenayah,kesusahan berat kerana 
    hutang atau menerima keraian daripada orang yang ada 
    hubungan rasmi.

5. Penjawat awam perlu cekap atau sentiasa berusaha.Misalnya 
    seseorang itu perlu mempunyai inisiatif untuk menyelesaikan 
    tugas-tugasnya dengan segera.

6. Penjawat awam mesti jujur,amanah dan bertanggungjawab. 
    Seorang pegawai dilarang sama sekali menghasut rakan-rakan 
    yang lain dalam menjalankan tugas atau mengambil cuti pada 
    saat perkhidmatan diperlukan.

7. Penjawat awam tidak boleh menggunakan pengaruh atau 
    memberikan tekanan dalam menyokong atau memajukan 
    sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.

8. Penjawat awam juga mesti sentiasa melaksanakan apa yang 
   disuruh ( tidak ingkar perintah)serta perlu tekun dalam 
   melaksanakan tanggungjawab. Hal ini bermaksud guru perlu 
   sentiasa bersedia menerima tugasan dan akan melaksanakan 
   tugasan tersebut dengan ikhlas bersungguh-sungguh serta 
   menunjukkan komitmen yang tinggi.

2.1 Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib

2.1 Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib

Kawalan tatatertib 1993 ( Pindaan 2002) merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan. Matlamat tatatertib adalah seperti berikut:

1. Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan 
    cekap,beramanah dan bertanggungjawab.

2. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih 
    daripada kepentingan mereka sendiri. 

3. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.

4. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melangar 
    peraturan.

Peraturan mengenai kelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pewai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002). Secara keseluruhannya , peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan seperti berikut:

1. Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan(code of conducts) serta larangan/kesalahan khusus.
2. Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
3. Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib.
4. Hukuman tatatertib.
5. Peruntukan pelbagai yang berkaitan.


2.0 Guru dan Perundangan

Hasil Pembelajaran 2.0 Guru dan Perundangan

1. Menghuraikan peraturan-peraturan pegawai awam dalam aspek 
    kelakuan dan tatatertib 1993 ( pindaan 2002)

2. Membincangkan implikasi peraturan-peraturan pegawai awam 
    ke atas penjawat awam.

3. Menjelaskan perkara-perkara penting dalam Akta Pendidikan 
    1996.


Bab ini akan menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan tatalaku dan tatatertib seorang guru sebagai penjawat awam. Fokus perbincangan ialah tatakelakuan yang banyak berkaitan dengan profesion keguruan. Peraturan-peraturan ini termaktub dalam Perintah Am Bab D. Selain itu , bab ini juga turut memberikan penjelasan berkaitan dengan tindakan-tindakan yang boleh dikenakan sekiranya seseorang guru melanggar peraturan tatakelakuan atau tatatertib sepertimana yang diperuntukkan. Bab ini turut menghuraikan peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.

1.8 Gejala Sosial

1.8 Gejala Sosial

Gejala sosial di sekolah kini semakin meruncing akibat daripada pengaruh luar dan perubahan yang berlaku dalam masyarakat. Antara faktor penyebab gejala sosial terdiri daripada peranan ibu bapa, sikap pelajar itu sendiri , pengaruh media massa dan iklim bilik darjah.Sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak merupakan salah satu penyebab utama berlakunya gejala sosial dalam kalangan pelajar. 

Ibu bapa generasi kini terlalu memanjakan anak mereka sehingga mengabaikan tanggungjwab mereka dalam mendidik dan mengasuh anak-anak dengan cara yang betul.

Ramai ibu bapa meletakkan tanggungjawab kepada orang gaji untuk mengasuh anak mereka atas kepentingan mengejar kerjaya mereka. Hal ini menyebabkan pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah terlibat dengan gejala sosial seperti ponteng sekolah dan merosakkan harta benda sekolah. Mereka mengalami perubahan alam kanak-kanak kepada alam dewasa dan peringkat inilah yang memperlihatkan wujudnya pelbagai masalah dalam kalangan pelajar.



1.7 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.7 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi merupakan alat untuk penyebaran maklumat , pengiklanan, pengangkutan dan sebagainya. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah mencapai suatu tahap di mana pengaruhnya dapat dilihat dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. TMK telah berkembang pesat dan pengaruhnya semakin bertambah bukan sahaja sebagai penyebar maklumat sahaja tetapi dalam semua bidang seperti perubatan , pengiklanan , pengangkutan , keselamatan dan sebagainya. Dalam dunia semua pihak agar tanggungjawab ke atas penggunaan teknologi.

TMK digunakan sebagai alat dalam proses pendidikan dalam cara berikut. Antaranya :

1. Sebagai alat untuk menyebarkan maklumat melalui audio,video dan dokumen daripada internet,bahan rujukan dan sebagainya.

2. Mewujudkan situasi untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk simulasi secara maya.

3. TMK digunakan untuk memanippulasi dan menganalisis data serta membantu dalam mewujudkan komunikasi tanpa sempadan dan masa.

Faedah
1. Membolehkan pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital di mana pelajar, guru dan pendidik boleh mengakses bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan tempat (Bhattacharya & Sharma , 2007)

Pengaruh TMK Melalui rangkaian internet amat penting dari segi pengetahuan , perhubungan dan perkongsian bahan pengajaran dan pembelajaran.

Cabaran guru atau masyarakat ialah bagaimana mendidik generasi muda dalam penggunaan internet secara berkesan untuk pendidikan. Secara rasionalnya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengawasi anak-anak ketika mereka melayari internet. guru berperanan memberikan pendidikan tentang kebaikan dan keburukan penggunaan internet supaya anak-anak memahaminya sejak awal lagi.


1.6 Kepelbagaian Budaya

1.6 Kepelbagaian Budaya

Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran. Kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun. Maka kepelbagaian budaya di Malaysia merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,Cina, India di semenanjung Malaysia dan Kadazan, Murut , Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Setiap kaum mempunyai budaya masing-masing dan setiap budaya berbeza dari segi agama, bahasa, kepercayaan dan sistem nilai.

Di sekolah kebangsaan terdiri daripada pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik merupakan satu cabaran kepada guru untuk menangani isu kepelbagaian pemikiran, kepercayaan dan agama agar mewujudkan suasana bilik darjah yang produktif dan mesra budaya. Untuk konsep kepelbagaian budaya menjadi satu fenomena dalam sistem pendidikan , perancangan dan pelaksanaan rapi perlu dibuat supaya pendidikan pelbagai budaya berkesan dan bermakna kepada semua pelajar dan masyarakat.

Sistem pendidikan telah berusaha menyatupadukan kumpulan pelbagai budaya melalui kedua-dua mata pelajaran tersebut dan kejayaan pelaksanaannya bergantung kepada cara guru menyampaikan kandungan kepada pelajar berbilang kaum di sekolah. Antara kaedah yang sesuai digunakan oleh guru merangkumi perbincangan , simulasi , main peranan, lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah dan kajian kes serta penyelesaian masalah kes. 

Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah yang mesra budaya:

1. Guru seharusnya mempunyai pemahaman mendalam mengenai budaya pelajarnya , sebagai contoh , guru boleh menerima jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam bersama keluarga pelajar di rumahnya. Lawatan sedemikian memberikan peluang kepada guru meneroka dan mengalami cara hidup , tabiat dan cara sapaan pelajar budaya lain. Pengalaman sedemikian membantu guru dalam menangani isu budaya dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajarannya.




1.5 Globalisasi dalam Pendidikan

1.5 Globalisasi dalam Pendidikan

      Globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan/sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan (scholte,200:16).

      Globalisasi menuntut semua negara dan penduduk berada pada landasan yang sama tanpa mengira bangsa , warna kulit, agama , status dan latar belakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang.

      Impak globalisasi dalam pendidikan merangkumi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan , pendidikan negara terbuka kepada dunia luar , pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara kita. Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan institusi pengajian tinggi swasta , pentingnya pengajaran sains dan teknologi.

     Dari perspektif pendidikan , salah satu kesan positif globalisasi adalah wujudnya persaingan sihat dalam institusi pengajian pendidikan untuk meningkatkan mutu pendidikan selain menghasilkan reka cipta inovatif. Setiap institusi pendidikan negara tertentu berusaha menonjolkan diri dalam arena kebitaraan mereka dan hal ini secara langsung menyerlahkan mutu pendidikan negara.

    Perwujudan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah berlakunya transformasi kurikulum dalam sistem pendidikan untuk menyediakan modal insan yang sesuai dengan kehendak tempatan dan permintaan global. Cabaran adalah untuk menghasilkan modal insan yang dapat berdaya saing dan memenuhi cita rasa pasaran tenaga buruh antarabangsa.

    Antara usaha yang perlu diambil oleh guru adalah melatih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri dan bukan hanya memperoleh pembelajaran melalui latih rubi. Pelajar perlu diberi peluang untuk berfikir pada aras tinggi meneroka idea dan mereka cipta inovasi dalam pendidikan. Hal ini bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai autonomi terhadap pembelajaran serta berdaya saing untuk mengecap kejayaan dalam pencapaian secara antarabangsa.

 

 

1.4 Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

1.4 Tonggak Pendidikan United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO)

Empat tonggak pendidikan UNESCO
1. Belajar untuk menguasai ilmu.
2. Belajar untuk menguasai kemahiran.
3. Belajar untuk menjadi insan berguna.
4. Belajar untuk harmoni dan bekerjasama.




UNESCO dalam google
click untuk membaca maklumat daripada google

Cabaran pada masa kini ialah cara bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kerana dalam kebanyakan negara perindustrian hampir 70%-80% penduduk melibatkan sektor perkhidmatan (UNESCO).Perwujudan kumpulan kecil , jaringan dan pakatan menunjukkan peri mustahaknya kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan pekerjaan. Maka,pendidikan dalam negara harus dapat membentuk kompetensi peribadi pelajar berasaskan suatu gagasan pengetahuan teoretikal dan praktikal serta digabungkan dengan kemahiran-kemahiran dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan, inovatif dan berpasukan.

Tonggak pendidikan di mana pelajar belajar untuk bekerjasama dan hidup secara harmoni tanpi mengira bangsa dan latar belakang.

Cabaran KPM adalah berusaha menterjemah dan mentransformasikan kurikulum yang luwes di mana para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan keterempilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran untuk mencapah hasrat mewujudkan masyarakat yang berfikiran kritis , kreatif dan inovatif.

Berdasarkan tonggak UNESCO, pendidikan formal kini seharusnya merancang kurikulum yang memberikan ruang dan masa untuk pelajar melibatkan diri dalam projek kolaboratif sama ada dalam aktiviti sukan atau budaya. Pelajar juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti di tempat-tempat yang mundur dan luar bandar untuk membantu orang yang serba kekurangan,serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perikemanusiaan misalnya tempat berlakunya bencana alam.

1.3 Pendemokrasian Pendidikan

1.3 Pendemokrasian Pendidikan


Pendemokrasian pendidikan ialah penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan pendidikan.

Salah satu cabaran untuk merealisasikan dasar pendemokrasian pendidikan adalah memastikan sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang , status sosioekonomi, lokasi dan etnik selain ekuiti. Penekanan kepada aspek ekuiti dan kualiti serta kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi pendidikan kini akan menjadi kriteria utama kepada kejayaan pendemokrasian pendidikan keseluruhannya ( Kementerian Pelajaran Malaysia,2001)

Semua rakyat Malaysia berpeluang menikmati peluang pendidikan di mana jua mereka berada.

Cabaran pendemokrasian pendidikan ialah infrastruktur yang lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar.

Cabaran pendemokrasian pendidikan dari segi bilangan bilik darjah, buku teks dan sedia adanya pusat sumber.

Kesimpulannya,negara yang terdiri daripada rakyat pelbagai budaya memerlukan penstrukturan dan perancangan rapi terhadap sistem pendidikan supaya aspek seperti kualiti guru , bahan kurikulum , kaedah pengajaran , persediaan pelajar , persediaan pelajar, kemudahan asas dan penglibatan masyarakat diambil kira sebagai penyumbang kepada peningkatan kualiti pendidikan.


1.2 Integrasi Nasional

1.2 Integrasi Nasional


Isu Integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh itu, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. 

Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1993).


1.2.1 Sekolah Wawasan

Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997 menggabungkan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana para pelajarnya berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain.

Tujuan utama penubuhan Sekolah Wawasan bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum di Malaysia.


1.2.2 Peranan guru dalam menangani Isu Integrasi Nasional

Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh,berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegera glokal yang mampul bersaing dengan dunia luar.

Peranan Guru :
1. Memperkasakan bahasa kebangsaan
2. Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
3. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional , KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. 

Rimup mengalakkan masyarakat setempat,guru dan murid melibatkan diri dalam aktiviti sekolah untuk melahirkan persefahaman antara pelbagai kaum.


1.2.3 Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Menurut penjelasan YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah seperti berikut :

"kita berdiri,kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia (one people). Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita."

Ia bermaksud rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

Lapan nilai murni seperti budaya kecemerlangan ketabahan , rendah hati , penerimaan , kesetiaan , meritokrasi, pendidikan dan integriti diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada pencapaian negara bangsa Malaysia.

1.1 Isu dan Cabaran Semasa

1.1.1 Konsep Isu dan Cabaran Pendidikan

Mengikut Kamus Dewan(2007),isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud " sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi"(Kamus Dewan , 2007 ). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan kementerian ( KPM) amnya dan guru secara khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai misi KPM.

Dalam Usaha mencapai misi KPM, iaitu membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti, banyak cabaran pendidikan pendidikan akan dihadapi. Sejajar dengan ini, KPM telah menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP) 2006-2010 yang bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti.

Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baharu yang kerap diutarakan dalam persidangan nasional yalah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru, agenda penting untuk membangunkan rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan berkualiti merupakan pembinaan budaya ilmu dan membudayakan masyarakat yang berbilang kaum agar dapat mengharungi konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


1.0 Pengenalan Isu Dan Cabaran Semasa

1.0 PENGENALAN.

Negara Malaysia memberikan penekanan berat terhadap pendidikan kerana percaya bahawa pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh status sebagai sebuah negara yang membangunkan dari segi pembangunan ekonomi,sosial dan kerohanian,moral dan etika ke arah membentuk satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik. Ini juga merupakan misi pendidikan untuk membentuk sistem pendidikan bermutu dan bertaraf dunia demi merealisasikan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. (Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia,2001)



Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr  Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020.

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

 Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh.  

Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.